By zian_ez
Hehehe...
Setat semlm all the ptd's ada gathering puak2 dia selama 3 hari until thursday, dari yang kecik sampai yang paling atas takde, so bila bosses takde semua keje pun mana bleh nak jalan kan... aku ada blambak surat yang urgent (kononnya) untuk bengkel taklimat next month punya. Semua surat tuh semuanya dah siap tp guana nak edar signnya belum, that's y i said bila bosses takde semua keje takleh nak jalan.. Understood??
Dalam 3bulan terakhir ni kami ada byk sgt pakej/bengkel/taklimat yang nak dikejar sebelum habis 2009.last week saja aku kene g 2 negeri, dari utara ke pantai timur plak tuh.main kejar2 dgn plane,main kejar2 dgn erl, main kejar2 dgn driver,main kejar2 dgn masa! End up, sampai je rumah jumaat mlm terus tak sedar diri n the next day terus demam terkejut.pastu pandai plak demam aku ni, masuk je pagi senin terus dia mcm sihat.cuma selsema n sengau2 je yang tinggal...terpakse la jugak g keje.. heran aku..
So hari ni tatau nak wat apa...nasib baik tenet ok.cuma kpm dah block facebook, ym n all those kind yang bersembang2 kt cyber nih.jgn dorang block blog ni dah ler..
By zian_ez
Kena stay back, besok ada meeting. Bila ada meeting so automatically ada makan. 2x makan tu... Ish3x.
On the same day, besok pun ada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Cawangan DP. Taktahu la guana nak selit semua makanan2 itu kat dlm perut yang dah sedia tak kempis ni. Org kat Somalia nu mati sebab kelaparan tapi kita kat sini mati oleh kekenyangan... Huhu.
Sekarang ni cuma tinggal 6 org je yang bertungkus lumus nak siapkan bahan untuk meeting besok. Ye ke bertungkus lumus??? Hehe. Takde la bertungkus lumus mana pun, tak guna sangat pun tulang 4 kerat yang ada ni, cuma tekan je punat mesin fotostat tu, nnt dia je la yang dok bertungkus lumus sebenarnya pun...
By zian_ez
Lama dah tak update blog..
Bukan takmau update tp tiapkali nak update ada je yang mengganggu masa2 berblogku...
Life pun akhir2 ni lintang pukang,haru biru entah apa yang tak kena..nak kata sedih tak la jugak,nak kata happy pun bukan jugak...cuma deep down rasa fedup!
Sejak2 Ramadhan ni aku cuba buat yang semampu mungkin untuk menjadi hambaNya yang lebih baik memandangkan terlalu byk sudah cara hidup muslim yang sepatutnya tidak aku amalkan selama ini...
Entahlah,...Still kering idea padahal i have so much to pull out!
By zian_ez
Entah kenapa tiba2 ceria, gembira selama ini bertukar menjadi sedih sekelip mata. Actually bukan sedih sebenarnya,tapi entah apa nak describe apa ke namanya perasaan ini..yang pasti ia adalah satu perasaan yang tidak best yang menyumbang pada perasaan tidak suka untuk g ofis.
So... Kalau orang dah takmau kawan lagi dengan kita, pandai2 la bwk diri..sedar diri di mana letak duduknya kita di mata, di hati org2 tersebut. Dah kalau orang dok lalu lalang depan belakang tepi kiri kanan kita tapi sikit pun tak tegur, senyum jauh sekali so paham2 la, org takmau kawan la tu!! Tak susah untuk baca bahasa tubuh kan??... Kalau org dah taknak kawan, jadi takyah la kita kawan, kalau orang taknak senyum jadi takyah la kita senyum, kalau orang taknak tegur jadi kita pun takyah la tegur.. Back off n live ur life spt sebelum wujudnya mereka itu dalam hidup kita sebelum ni, ok je hidup kan... People change... so do i...
Tak semua kawan yang kita kenal tu, kawan susah senang kita... kadang2 mungkin dorang ni hanya kawan masa senang je, atau mungkin jugak dorang tu kawan bila masa susah jer cari kita... Seribu malah sejuta tafsiran pun kita mampu buat kalau kita taktahu apa yang sebenarnya berlaku. Manusia pulak suka mengambil jalan mudah, mentafsir apa saja yang mereka mahu tafsir sedangkan mereka secebis pun tidak mengetahui apa yang berlaku...
Takpe lah kawan2, thanks. Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk mengenal sifat manusia yang sangat pelbagai.
By zian_ez
Tadi g anta si kabo biru ke klinik d Glenmarie Shah Alam.
Akhirnya...setelah hampir sebulan si kaboku tak sihat,setelah 3 4 klinik yang lain semua takmau terima kaboku,sekarang dapat la kami berjalan2 berdua2an semula... Risau yang sangat risau, mana ke tidak...itu je la teman seberjalanan,seboringan yang aku ada sekarang ni...ye la,bila dia tak sihat guana dia nak kawankan aku?? Mana le tau tengah2 seronot berjalan tiba2 meletop tak ke kes naya nama dia??? Maka selama hampir sebulan yang lalu tiadalah aku ke mana2, hanya duduk2 sahaja di rumah menonton television comelku. Karang balik keje nak hantar kabo g mandi,biar dia nampak lawa, comey, henseng, segak... Kekeke...
Petang ni ada orang nak datang,hehe... Yey yey!!! Sangat seronot! Nanti aku nak ajak dorang berdua gi floria n gi pasar malam putrajaya. Wah bestnya. nnt nak ajak dorang beli duyan kat pasar malam, makan bertiga2an, wah seronotnya. Tak sabar. Hahaha.
By zian_ez
21 Julai 2009 bersamaan 28 Rejab 1430H, mok meninggal! Mok - nenek belah arwah abah. Tapi aku tak sempat berjumpa mok di saat2 akhir umurnya, mujurlah bulan 5 yang lepas aku ada bertandang menziarahi mok.biarpun pada masa tu mok dah tak mampu untuk melihat tapi masih mampu untuk bercakap... Suasananya tidaklah begitu syahdu pada masa tu sebab mok still boleh sembang dan banyak sangat bertanya itu ini perihal semua cucu2nya.
Sebenarnya aku agak terkilan. Dulu masa aku kecik, masih di sekolah rendah masa tu, aku ada cakap pada mok " Mok, nanti kalu mok dah tua,ore jago mok ". Kata2 seorang budak yang masih naif, yang masih taktahu apa2 pasal hidup, hanya bercakap berlandaskan apa yang dirasa tapi penuh kejujuran.. Ironinya, walaupun cek jugak dah meninggal dekat nak 10 tahun baru mok menyusul tapi ada rasa kesal jauh di sudut hati.. sebab masa aku kat UiTM mok ada kata, " mok ni tak mati lagi ni sebab mu kan janji nak jaga mok nanti mok tua..". Walaupun mok hanya bergurau tapi gurauannya meninggalkan bekas yang mendalam. Seperti satu tamparan yang menyedarkan aku dari lamunan yang panjang bahawasanya aku pernah berjanji pada mok untuk menjaganya..
Tiada lagi bapak, datuk, nenek...walaupun mereka hanya hadir sebagai penyebab hadirnya aku di dunia ini... Ketiadaan mereka satu per satu..apalagi pemergian mok benar2 menyebabkan aku takut untuk hidup. Sekarang aku hanya punya seorang ibu yang kami 4 beradik panggil ma. Sekarang ma masih ada,tempat bergantung dan berlindung... Bagaimana kalau ma pulak yang pergi?? Mampukah aku meneruskan hidup?? Hidup yang penuh perit dan sakit..
Sesungguhnya Allah telah menentukan setiap sesuatu bagi setiap hamba2Nya... Al-Fatihah untuk arwah mok..